My Fav Google Ads

Seindah Sakura: Setuju Shakira Kahwin Dato' Malik atau Cikgu Aril?



Ni sebenarnya kali pertama sy blogging dlm BM. Sorila kalau pelik sikit- sy rasa pun pelik masa nak start tulis ni ;) Tapi ni pun drama Melayu and sy minat sangat! so gitula..


Hari ni takde cite Sakura, kalau tak biasanya sy tunggu2 je pukul 7. Semalam episod berakhir dengan Shakira diculik. Kesian sangat kat dia..Lepas satu2 dugaan yg ditimpa.


Sy terkejut sangat masa Dato' Malik luahkan hasrat untuk menjadikan Shakira sebagai isterinya. Masa part tu memang kuatkan volume- nak dengar reaksi Shakira.


Tp sy suka tengok kalau Shakira berakhir dengan Cikgu Aril. So romantik tgk dyorang. Fasha and Fahrin, dahla nama pun match. Oops *sorry Jejai* Tapi Cikgu Aril tu pun satu. Kalau dah minat kat Kira, cakapla kat dia. Sekarang ada org lain yg dh cakap dulu. So tak boleh salahkan siapa2 kalau dia tak dpt Shakira.


Bunga Sakura and lavender memang bunga favourite sy. Time Raya Cina hri tu pun saya ada post bbrp gambar bunga tu dlm blog, salah satu perfume sy pun : Japanese Cherry Blossom 
( bunga sakura).


Lagi satu sbb sy suka cite ni , sy suka baca atau tgk cerita berkisahkan seorang perempuan yg tabah mengharungi dugaan hidup. Kalaula korang tgk kat bookshelf sy kat rumah, mmg kebanyakan novel2 pun ada tema yg sama. 


Bagi sesiapa yg tak tgk dr awal, Shakira ni sebenarnya anak luar nikah. Mak dia cantik sangat and org2 kampung tak suka sbb dia anggap mak Shakira suka rampas suami org. Tp mak dia dh meninggal dunia sbb diserang AIDS. Mak dia tinggalkan dia hidup bersama moyangnya selama bertahun tahun. Cikgu Aril ialah cikgu muda di sekolah Kira. Ramai pelajar perempuan yg minat kat dia..





Sekarang Shakira tinggal di rumah Dato' Malik, pakcik Cikgu Aril. Sy tak suka tgk Nida.. eww gedik gila tak tahan tgk dia ....Ada ke org betul2 mcm2? Kdg2 tgk mcm budak2 je


So sekarang rasanya sapa lagi sesuai kahwin dengan Shakira? 










Mesti Kira rasa bersalah kalau tak kahwin dengan Dato' Malik sbb dia banyak terhutang budi tp  Cikgu Aril lagi bes. Sy rasa Dato' Malik tu walaupun tua tp masih good-looking. Dia jenis org berumur yg boleh tahanla. Tp masalahnya anak dia sama umur dgn Kira. Itu je, kalau x, sy rasa ok kot.


Cikgu Aril tu tak boleh ego sangatla. Kalau dh minat baik cakap cepat, tp masa orang tanya dia tak nak mengaku. Tengok imbasan episod akan dtg, nampaknya Kira mcm dh jadi girlfriend Cikgu Aril. Hmm,, nnt tengokla episod akan datang. Bye!



Comments

Google Ads

Popular posts from this blog

What You Need to Know Before Rebonding Your Hair

SPM Tips: The Right Way To Study Biology, Physics and Chemistry

Last Minute Add Math Tips For SPM

How To Clean White Laptop

My SPM Results

SPM Tips from 11A+ student