Bicara Hati LittleMissMeen
Assalamualaikum semua :) Hari ni LittleMissMeen rasa macam nak blog in BM. Memang rasa pelik sikit hehe. Kali terakhir saya blog in BM pun rasanya 2 tahun yang lepas. Kalau nak tau, saya memang fasih Bahasa Melayu sekarang. 10 tahun dulu mungkin tidak, baru sahaja belajar BM di sekolah. Hari tu ada orang komen, kata dia ingatkan saya orang Cina? Hehe Takde, walaupun saya half Malay tapi saya rasa macam serasi dengan budaya dan cara hidup orang Melayu Islam. Hari ni saya happy sangat, hari Jumaat selalu menjadi hari kegemaran saya. Hari Jumaat selalu rasa tenang dan di luar pun selalu kelihatan indah dan cuaca pun baik, Alhamdulillah tak terlalu panas dan kalau hujan lebat pun akan sejuk rasanya. Malam tadi hati terasa sayu sangat selepas selesai solat tarawih. My <3 rajin bawa saya ke solat tarawih dan saya rasa bersyukur sangat kepada Allah kerana menemukan kita, insyaAllah niat baik kita sentiasa diredai dan diberkati. Bukan saya tak gembira nak sambut Hari Raya, cuma saya