My Fav Google Ads

Bicara Hati LittleMissMeen

Assalamualaikum semua :) 

Hari ni LittleMissMeen rasa macam nak blog in BM. Memang rasa pelik sikit hehe. Kali terakhir saya blog in BM pun rasanya 2 tahun yang lepas. Kalau nak tau, saya memang fasih Bahasa Melayu sekarang. 10 tahun dulu mungkin tidak, baru sahaja belajar BM di sekolah. Hari tu ada orang komen, kata dia ingatkan saya orang Cina? Hehe Takde, walaupun saya half Malay tapi saya rasa macam serasi dengan budaya dan cara hidup orang Melayu Islam. 

Hari ni saya happy sangat, hari Jumaat selalu menjadi hari kegemaran saya. Hari Jumaat selalu rasa tenang dan di luar pun selalu kelihatan indah dan cuaca pun baik, Alhamdulillah tak terlalu panas dan kalau hujan lebat pun akan sejuk rasanya. Malam tadi hati terasa sayu sangat selepas selesai solat tarawih. My <3 rajin bawa saya ke solat tarawih dan saya rasa bersyukur sangat kepada Allah kerana menemukan kita, insyaAllah niat baik kita sentiasa diredai dan diberkati. Bukan saya tak gembira nak sambut Hari Raya, cuma saya rasa akan merindukan Ramadan. Tambahan pula, Ramadan tahun depan insyaAllah saya akan berada di UK dan tak pasti lagi bila saya pulang ke Malaysia. Tapi untuk saya, tempat itu bukan perkara yang paling penting. Kalau dengan orang-orang yang kita sayangi, di mana-mana pun saya tetap gembira. InsyaAllah pengalaman dan cabaran semasa di negeri orang membawa banyak hikmah dan sememangnya banyak yang saya pelajari. 

*Kenapa bila blog dalam BM rasa lambat sangat saya tulis, omg*

Isu MH17 memang sedih sekali. Ramadan tahun ni banyak memori manis dan pahit. World Cup, Gaza diserang Israel, kes MH17. Yang manisnya, Alhamdulillah dapat berpuasa dan beraya dengan orang-orang yang sangat saya sayangi. That's the best part. Bayangkan selepas berbulan-bulan saya berdikari dan belajar untuk hidup sendiri di kampus yang beribu-ribu batu daripada keluarga, akhirnya Allah memberi peluang untuk kami bersama-sama menyambut bulan yang paling mulia dan perayaan paling utama bagi umat Islam. Hadiah yang tidak ternilai untuk saya selepas tamat tahun pertama di sana dengan jayanya. 

Balik kepada kapal terbang MAS MH17 yang terhempas akibat ditembak semasa melalui sempadan Ukraine, saya berpendapat bahawa ada beberapa perkara yang boleh dipelajari dan ada mesej yang mungkin Tuhan ingin sampaikan. 

1. Permusuhan itu memang ditegah, kalau Ukraine dan Rusia boleh mencari jalan untuk mencapai perdamaian secara berhemah tanpa melibatkan senjata or pertumpahan darah, mungkin perkara itu tidak akan terjadi. Setiap masalah atau pertikaian itu insyaAllah ada jalannya kalau kedua-dua pihak mampu bertoleransi dan berbincang dengan baik.
2. Pihak yang membuat tembakan itu mungkin 'paranoid' bahawa setiap kapal terbang yang melalui sempadan itu adalah pihak musuh. Ini adalah buruk sangka dan hasil tindakan terburu-buru tanpa usul periksa, 300 nyawa insan yang tiada kaitan langsung dengan permasalahan politik mereka menjadi mangsa keadaan.
3. Tuhan ingin mengingatkan kita bahawa manusia itu sangat lemah dan terdedah kepada banyak ancaman bahaya. Manusia boleh disakiti oleh ciptaan mereka sendiri (senjata dan kapal terbang) kalau akal ciptaan itu tidak digunakan dengan cara yang betul. 
4. Nyawa boleh diambil pada bila-bila masa, jadi hargailah orang-orang yang kita sayangi. Jauhi perselisihan faham dan pertengkaran. Jadilah seorang yang pemaaf agar kita tidak berasa kesal kemudian hari jika terjadi apa-apa. Dan bersyukurlah dengan segala kenikmatan Tuhan tanpa merungut dan yakin bahawa Tuhan telah memberikan yang terbaik untuk kita.
5. Akhir sekali, tragedi yang mengerikan ini menjagi ingatan kepada semua yang ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa kira usia, bangsa, negara, jantina dan status. Kematian itu lumrah kehidupan dan semua akan kembali kepada Tuhan, tiada siapa yang boleh mengelak. Kita hanyalah mampu membuat persiapan yang terbaik.


Kuatkan semangat dan isilah hari-hari terakhir Ramadan ini dengan doa dan amal soleh. Berdoalah insyaAllah kita panjang umur dan dapat menjalani ibadah puasa pada tahun depan.

ok x saya blog in BM, sori kalau ada yang susah faham apa yang ditulis :)



Early Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

Comments

  1. akak i am happy for you.sesiapa yang mencari in sha Allah akan diberi ;D
    nice seeing u wearing tudung.keep it up!ehehe

    ReplyDelete
  2. glad to see u wearing tudung.. keep it up ;*

    ReplyDelete
  3. thank you khadijah and latifah for the kind words and support <3 :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Google Ads

Popular posts from this blog

What You Need to Know Before Rebonding Your Hair

SPM Tips: The Right Way To Study Biology, Physics and Chemistry

Last Minute Add Math Tips For SPM

Family Vacation in Kota Kinabalu

How To Clean White Laptop

My SPM Results